Tuesday 10 January 2012

perang baucer

Semalam merupakan hari sakit hati sedunia . Geram , marah , tension , sakit hati , makan hati , makan jantung , nasib baik tak makan kaki . ok , fine , naura dah mengarut -__-' Semua nya bercampur menjadi satu perisa yang sangat tidak menyedap kan ! Kenapa naura jadi macam ni ? Semua nya gara-gara mulut yang disalahguna kan untuk menyakiti perasaan orang lain . Actually , naura ada kelas pagi , macam biasa pukul 0800 am . Lecture naura bagi pelepasan awal pkul 0930 am untuk ambil baucer RM200 yang kerajaan sedia kan . Memang ramai la student yang nak kutip baucer tu kan . 

Masa naura beratur , tetiba pak guard yang comel dan hensem sangat datang dan dengan baik hati nya dia tidak membenar kan kitorang dari beratur . Dia suruh cari kerusi dan duduk . Masa tu ramai sangat , kerusi pun tak banyak , so semua student kena cari tempat duduk kosong dan berganjak kedepan dari semasa ke semasa . Mean kitorang kene bangun pindah ke kerusi hadapan  dan duduk , pas tu ulang proses yang sama sampai kat kaunter depan . Dah la naura terpacak berdiri kat situ sampai pukul 1115 am ! So naura dengan kawan lain terpaksa pergi beratur kat belakang balik untuk mendapat kan tempat duduk . 

Tu masih sabar lagi . Bila naura dengan kawan lain dapat tempat duduk , ada la sekumpulan hamba Allah ni yang memang tak sayang mulut . Dorang cari pasal dengan kawan kawan naura hanya kerana tempat duduk ? Dorang cakap kitorang ni time sekolah tak belajar sivik , kitorang ni orang penting so kena bagi kitorang dulu , belajar tinggi tapi tak beradab dan bla bla bla . What the hell ? Bukan salah kitorang pun , dah tempat duduk kat depan tu kosong , so kitorang berganjak la ke depan untuk bagi student lain yang berdiri kat belakang tu duduk . Yang dorang nak hangin tak tentu pasal ni kenapa ?
Dah la mengata kawan kawan naura depan orang ramai , kalau cakap tu kalau boleh nak semua student kat DSI Seri Iskandar tu dengar , pastu non stop pulak tu . Tang ni yang naura rasa hangin satu badan . Naura pandang kak wanie , naura kecian sangat sangat kat dia sebab betina tu dengan geng dia duduk dekat cangat dengan kak wanie . Naura nak sound dorang tapi naura tak boleh nak lepaskan melalui kata kata . Tak tahu la kenapa . Last last naura menangis kat situ jugak . Punye tak tahan geram sangat sangat , sampai menggigil tangan naura . Lawak kan naura ni . 

Dah la kat tempat duduk sebelah naura tu laki ! For sure la dia perasan naura nangis kan ? Serious malu giler . Semua kawan kawan naura pujuk supaya naura tak nangis . Tak cukup nak mengutuk kitorang , geng geng betina tu dengan selamba nya dari tempat duduk belakang , terus pergi ke tempat duduk hadapan dengan kawan nya ! Pastu kawan kawan naura pulak jenis yang pantang kalau orang kurang ajar kan , dorang sound balik . Neena cakap siapa yang tak beradab sekarang ni  dan bla bla bla . Ambik sebijik ! Padan muka . Pandai mengata orang , padahal dia yang lebih . 

Memang tak boleh pakai la orang macam tu , muka je cantik , sempurna , lengkap semua nya , tapi hati busuk , perangai teruk , tak sayang mulut ! Jangan pikir awak tu dah senior , so boleh buat suka hati korang la kan ? If you want others to respect you, you've to respect others first. I invite you to think of just one person you're not being respectful to in your life now. How did you feel ? Did you feel annoyed ? Peeved ? So please being well-mannered and using appropriate language. Okey ?  

Pastu masa kat uptown , ada seorang laki ni saja ja nak main main dengan naura . Dia lalu dekat dengan meja naura pastu tetiba dia cakap " awak , duit awak jatuh " . Naura pun pandang la kat bawah , tengok tak de pun . Bila naura pandang dia , dia boleh tergelak dan tersenyum macam kera busuk kat naura . Kurang ajar betul ! Dah la asyik pandang naura je masa dia tengah makan . Dah la masih tengah bengang pasal pagi tadi . Pastu dia pulak nak main main . Igat lawak sangat la tu . Memang tak de keje ye laki ni ? Nasib baik la naura puasa . Memang betul betul menguji kesabaran naura . Sabar naura , sabar itu separuh dari iman !

1 comment:

  1. nice blog... bru ada mse nk jnguk blog naura.. hehe. kita pun penah kena once, line up tuk apply ptptn. org2 ni xde kesabaran cepatlah meradang, xperasan kita pn tunggu mcm dorg kn... ntahlah, take it as pngalaman, biasa org mcm ni kita kna speak up sikit. lepas budak tu, yg sound kita request for forgiven.. xsngka tul. every human huv their own prangai, xkn semua nk baik!! follow blog kita lak... LAILA FAREHA

    ReplyDelete