Sunday 4 March 2012

NOTA

Assalamualaikum . hai ! Lama naura tak update blog ni an . dah bersawang labah-labah , semua ada :D naura saje nak mengupdate blog ni . Hari ni naura buat nota AIS ! tak tahu nak buat pe . Kelas da tak de nak pi * padahal time de kelas la malas nak pi . hee . So dengan semangat nya naura buat nota yang tak berupa nota ni . Biasa la , rasa malas nak tulis tu sentiasa ada tapi tangan ni terasa nak buat something , jadi ni la hasil nya ye .



Maaf la ye . Tulisan tak cantik . Tulisan malas . Memang cam ni la jadi nya . Hee . Jap2 de tertinggal lagi satu laa 


 yang ni pun tak de keje , dibuat2 kan keje nya . hee . Special for MUHAMMAD FADZLUDDIN DZULKIFLI :)
 

Tuesday 17 January 2012

N . A . D . I . A

Pada hari selasa , 17.1.1992 , keluarlah bayi perempuan dari perut ibu yang diberi nama NADIA BT ARIFFIN ! Ri ni kita ada birthday girl ya . Dia roomate naura . Sekarang dah masuk 20 tahun ! Nadia da matang . Da boleh kawin ni :D Ada dua lagi tempat kosong . Pada sapa sapa yang berminat nak isi borang sila berjumpa dengan naura ya :D  Tadi kitorang melantak dua jenis pizza , makan nasi dan kek . Kenyang giler . Memang gemuk la naura nanti . Yang join celebrate birthday nadia tadi ialah neena , alin , aini , mira dan tuan punya blog ni , naura :) Lepas naura balik dari meeting naura cakap nak ambik gambar . So gambar pizza yang sedap tu tak ada dah sebab dah masuk dalam perut :D Yang ada cuma kek yang tinggal separuh ja . Jadi la kan ? :)

nadia a.k.a naddy :)

 Mira , Nadia , Naura



Selamat hari lahir nadia ! naura doa kan nadia panjang umur , dipermurah kan rezeki , menjadi anak yang solehah ( kalau isteri yang solehah boleh tak ;D ) dan dapat dekan sem ni . AMINNN ...

Saturday 14 January 2012

Adakah Anda Yang Saya Cari ?


Assalammualaikum semua . Harap semua nya sihat belaka ya . Hari ni naura nak berkongsi something dengan korang semua . Boleh tolong naura cari sesuatu tak ? Kalau korang dapat jumpa semua apa yang naura nak cari ni pada seorang insan yang bernama LELAKI , memang tabik la . Pe yang naura nak cari ? Penting ke ? Sebenar nya tak ada pape pun , Cuma saja nak share benda ataupun kelebihan yang naura suka tengok pada lelaki . Antaranya :

    BAJU MELAYU
Kenapa dengan baju melayu ? Dah bosan pakai baju perempuan ke ? Acctually itu bukan masalah nya . Masalah nya disini , naura suka sangat tengok laki pakai baju melayu . Nampak seksi ! mesti korang pelik kan , and than mesti korang cakap “ baju melayu ? seksi ? ” . My answer is absolutely yes ! Hati naura akan tenang kalau tengok laki pakai baju melayu :)
      
    ALAT MUZIK
Bila seorang laki menggunakan alat muzik seperti gitar dan piano , kemudian dimain kan sambil menyanyi satu lagu , wahhh , macam best kan ? mesti semua wanita kat luar sana dah terbayang bayang kat fikiran tu . Jangan angau lebih lebih sudah la ya :) Seriously , rasa sweet sangat . Sebab tu , kalau naura rasa sedih , naura suka search kat youtube . Bukan search yang bukan bukan ya , tapi search mana mana video clip laki yang main gitar sambil nyanyi . Tak kira la artis ke , indie band ke .
 
    SENYUM
Mengikut penyelidikan , memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup kita tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Senyum tidak perlu kan modal, hanya keikhlasan dari hati yang mampu memaniskan senyuman itu. Jadi jangan lokek untuk memberikan senyuman , kerana senyuman itu satu sedekah
 
    BANYAK CAKAP
Naura suka laki yng pandai bercakap . Bukan nya mengayat je lebih , tapi cara pertuturan dia , cara dia berkomunikasi dengan orang ramai yang membuat kan naura berminat nak mendengar .
      
    PERSONALITI
Setiap laki mempunyai personaliti masing masing . Pe yang naura suka cari ialah benda benda pelik atau habit yang selalu laki buat . Contoh nya , 24 jam main rambut je , cara dia jalan , suka buat muka comel ke , suka hisap ibu jari tangan ke , suka mengomel sorang sorang ke , apa apa la benda yang dia suka buat . Sebab dari situ , naura akan ingat dia . So hati hati ya :)

Message for capital F : I LOVE YOU ‘ means that I accept you for the person that you are and that I do not wish to change you into someone else . It means that I do not expect perfection from you-just as you do not expect it from me . It means that I will love you and stand by you even through the worst of times . It means loving you when you’re in a bad mood or too tired to do the things I want to do . It means loving you when you’re down-not just when you’re fun to be with , ‘ I LOVE YOU ’ means that i know your deepest secrets and do not judge you for them-asking in return only that you do not judge me for mine . It means that I care enough to fight for what we have and that I love enough not to let go . It means thinking of you , dreaming of you , wanting and needing you constantly , and hoping that you feel the same way for me


 

Thursday 12 January 2012

mengapa ia datang kembali ?

hari ini hujan membasahi bumi
suasana sejuk 
dingin 
sehingga menusuk ke tulang ku
di mindaku terpapar destinasi yang ingin dituju
terasa penat
malas
berat kaki ku untuk melangkah
namum ku gagah kan jua
di situ penuh dengan suara suara anak muda
tawa
gelak
gosip
lawak jenaka
dan tiba tiba aku dibuai dengan satu kenangan
kenangan yang indah
tenang
gembira
namun
itu semua hanyalah tinggal kenangan
kenangan yang meninggalkan kesan tapak 
yang diisi dengan suka duka
kenangan yang tak akan aku lupa kan
dan
aggap lah itu satu pengalaman
yang megajar aku erti kehidupan
ia semakin lama semakin jauh
menghilang
dan baru aku sedar aku sedang berkhayal
sendirian
aku melakarkan senyuman
mengapa ?
kerana kini aku bersyukur
aku ada dia
yang menyayangi ku
menjaga ku
membuat ku tertawa
terima kasih daku ucapkan



Tuesday 10 January 2012

perang baucer

Semalam merupakan hari sakit hati sedunia . Geram , marah , tension , sakit hati , makan hati , makan jantung , nasib baik tak makan kaki . ok , fine , naura dah mengarut -__-' Semua nya bercampur menjadi satu perisa yang sangat tidak menyedap kan ! Kenapa naura jadi macam ni ? Semua nya gara-gara mulut yang disalahguna kan untuk menyakiti perasaan orang lain . Actually , naura ada kelas pagi , macam biasa pukul 0800 am . Lecture naura bagi pelepasan awal pkul 0930 am untuk ambil baucer RM200 yang kerajaan sedia kan . Memang ramai la student yang nak kutip baucer tu kan . 

Masa naura beratur , tetiba pak guard yang comel dan hensem sangat datang dan dengan baik hati nya dia tidak membenar kan kitorang dari beratur . Dia suruh cari kerusi dan duduk . Masa tu ramai sangat , kerusi pun tak banyak , so semua student kena cari tempat duduk kosong dan berganjak kedepan dari semasa ke semasa . Mean kitorang kene bangun pindah ke kerusi hadapan  dan duduk , pas tu ulang proses yang sama sampai kat kaunter depan . Dah la naura terpacak berdiri kat situ sampai pukul 1115 am ! So naura dengan kawan lain terpaksa pergi beratur kat belakang balik untuk mendapat kan tempat duduk . 

Tu masih sabar lagi . Bila naura dengan kawan lain dapat tempat duduk , ada la sekumpulan hamba Allah ni yang memang tak sayang mulut . Dorang cari pasal dengan kawan kawan naura hanya kerana tempat duduk ? Dorang cakap kitorang ni time sekolah tak belajar sivik , kitorang ni orang penting so kena bagi kitorang dulu , belajar tinggi tapi tak beradab dan bla bla bla . What the hell ? Bukan salah kitorang pun , dah tempat duduk kat depan tu kosong , so kitorang berganjak la ke depan untuk bagi student lain yang berdiri kat belakang tu duduk . Yang dorang nak hangin tak tentu pasal ni kenapa ?
Dah la mengata kawan kawan naura depan orang ramai , kalau cakap tu kalau boleh nak semua student kat DSI Seri Iskandar tu dengar , pastu non stop pulak tu . Tang ni yang naura rasa hangin satu badan . Naura pandang kak wanie , naura kecian sangat sangat kat dia sebab betina tu dengan geng dia duduk dekat cangat dengan kak wanie . Naura nak sound dorang tapi naura tak boleh nak lepaskan melalui kata kata . Tak tahu la kenapa . Last last naura menangis kat situ jugak . Punye tak tahan geram sangat sangat , sampai menggigil tangan naura . Lawak kan naura ni . 

Dah la kat tempat duduk sebelah naura tu laki ! For sure la dia perasan naura nangis kan ? Serious malu giler . Semua kawan kawan naura pujuk supaya naura tak nangis . Tak cukup nak mengutuk kitorang , geng geng betina tu dengan selamba nya dari tempat duduk belakang , terus pergi ke tempat duduk hadapan dengan kawan nya ! Pastu kawan kawan naura pulak jenis yang pantang kalau orang kurang ajar kan , dorang sound balik . Neena cakap siapa yang tak beradab sekarang ni  dan bla bla bla . Ambik sebijik ! Padan muka . Pandai mengata orang , padahal dia yang lebih . 

Memang tak boleh pakai la orang macam tu , muka je cantik , sempurna , lengkap semua nya , tapi hati busuk , perangai teruk , tak sayang mulut ! Jangan pikir awak tu dah senior , so boleh buat suka hati korang la kan ? If you want others to respect you, you've to respect others first. I invite you to think of just one person you're not being respectful to in your life now. How did you feel ? Did you feel annoyed ? Peeved ? So please being well-mannered and using appropriate language. Okey ?  

Pastu masa kat uptown , ada seorang laki ni saja ja nak main main dengan naura . Dia lalu dekat dengan meja naura pastu tetiba dia cakap " awak , duit awak jatuh " . Naura pun pandang la kat bawah , tengok tak de pun . Bila naura pandang dia , dia boleh tergelak dan tersenyum macam kera busuk kat naura . Kurang ajar betul ! Dah la asyik pandang naura je masa dia tengah makan . Dah la masih tengah bengang pasal pagi tadi . Pastu dia pulak nak main main . Igat lawak sangat la tu . Memang tak de keje ye laki ni ? Nasib baik la naura puasa . Memang betul betul menguji kesabaran naura . Sabar naura , sabar itu separuh dari iman !

Monday 2 January 2012

Perak Darul Ridzuan

Selamat datang ke rumah kedua naura PERAK DARUL RIDZUAN . Naura dah start sekolah ya . Suka sangat sangat -__-' . Pape pun belajar tetap belajar . Kene terus kan . Semangat naura ! Jangan nak malas ya . Betolak dari rumah pukul 1000 am . Pastu singgah kedai kat Sungai Besar sebab mama nak belanja beli skirt . Terima kasih mama :) Kemudian kitorang singgah tesco kat bandar u . Kat situ naura jumpa kawan naura . Tapi tak sempat nak borak panjang dengan dia sebab adik tarik tangan naura cepat cepat . Maybe adik ingat budak laki mana tah nak usha naura kot . Adik sekarang da pandai control akak nya ya . Naura tak kan curang ok . Naura akan tetap setia kalau SI DIA pun setia kat naura . Sayang sangat sangat kat Capital F :) Sori ye kawan sebab sempat cakap hai ja . Pas tu naura pergi makan dengan family dan sampai kat UiTM SERI ISKANDAR petang , isnin 1500 pm . Syukur sangat sebab papa dan mama yang hantar . Tak da la naura penat penat naik bas kan . Lagi pun memang mama dan papa yang nak hantar . Naura tak paksa pun . Mesti korang ingat naura ni anak manja kan . Naura tak rasa pun naura ni anak manja . Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa sentiasa nak yang terbaik untuk anak mereka . Kasih sayang yang dicurah kan kepada anak anak nya sama rata . Bagi naura ,  tak da istilah ANAK MANJA ya . Semua nya sama ja .



adik kesayangan naura :)


Rindu dia sangat sangat









Saturday 31 December 2011

Pengakhiran Tahun 2011

Assalammualaikum . Sedar tak sedar tahun 2011 dah nak sampai ke penghujung nya . Korang semua sedar tak ? Ke naura sorang je yang tak sedar ? -__-' Sepanjang tahun 2011 ni banyak benda baru yang naura dah lalui . Orang tua tua kata pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan . Kalau tak da pengalaman , kita tak akan kenal erti susah dan senang . Kalau masuk je tahun baru , mesti lah ada azam baru kan . Actually , we could set an intention everday . So , bagi menghangat kan suasana tahun 2012 ni , dengan ini naura nak mengistiharkan beberapa azam baru yang naura nak buat :)  

Jadi Lebih Baik Daripada Semalam . Naura nak tingkat kan pencapaian naura dari pelbagai aspek terutama nya bidang akademik la kan . Naura kena berusaha keras untuk dapat kan yang terbaik . Come on naura , you can do it ! Pas tu , Banyak Kan Memberi Dari Menerima . Setiap hari kalau boleh naura nak menyumbangkan segala apa yang ada pada naura kat sesiapa pun . Haa , Apa makna nya tu ? Jangan salah paham ya . Isi tersirat yang naura cuba sampaikan ialah banyak kan berkongsi ilmu pas tu bantu kawan kawan yang susah ke . Mane la tahu an , hari ni hari dia , esok lusa hari naura pula . 

Menabung . Tahun 2012 ni nak jimat jimat . Naura nak simpan duit . Tak da nak shopping sakan ok . Kalau nak jugak , kena make sure mama dan papa ada skali . Sambil shopping boleh mengerat kan hubungan antara anak dan parents an . Macam tu boleh la shopping hari hari . Ayat macam nak mintak penampar je kan . Mengada ngada memang cam tu :) Pastu Solehah . Apa kene mengena dengan naura ? Sebenar nya ada . Setiap wanita kat luar sana comform nak jadi seorang wanita yang solehah , termasuk lah naura . Naura akan cuba untuk menambah baik kan diri sendiri yang serba kekurangan sana sini . 

Firman Allah Taala , maksud nya :
 " Sebenarnya orang orang yang beriman dan beramal soleh , sesungguhnya kami tidak akan menghilang kan 
   pahala orang orang yang berusaha memperbaiki amalan nya " (30 , Al Khaf )


" Untuk orang orang yang berusaha memperbaiki amalan nya dikurnia kan segala kebaikan serta satu
  tambahan yang mulia " (26 , Yunus )

Jadi tak salah kan kalau naura nak mencuba . InsyAllah :)